Monday, April 27, 2009
Tanda-tanda Mati..................
Friday, April 24, 2009
Perbezaan Lelaki dan Perempuan by Perla
Thursday, April 23, 2009
kesukaan perempuan
Sunday, April 19, 2009
i love u!!!!!!!!!!!
- ♥ENGLISH ; i love you
♥POLISH ; ja kocham cibie
♥FRENCH ; je t'aime
♥HINDI ; hum tumhe pyar karte hae
♥CZECH ; miluji te
♥SLOVAKIAN ; lu'bim ta
♥ITALIAN ; ti amo
♥UKRAINIAN ; ya tebe kahayu
♥GERMAN ; ish libe dish
♥CHINESE ; wo ai ni
♥GREEK ; s' agapo
♥HAWAIAN ; aloha wau ia oi
♥LITHUIANIAN ; tav myliu
♥KOREAN ; sa rang hae
♥JAPENESE ; aishiteru
♥ROMANIAN ; te ubsec
♥BOSNIAN ; volim te
♥ALBANIAN ; te dua
♥FILIPINO ; mahal kita
♥SPANISH ; te amo
♥PORTUGESE ; amo te
♥ARABIAN ; annah be hebic
I can say I love you in 22 different languages.
send this to 21 people that you love the most !
if you get this back 10 times, it means that you are truly a good fren~~~...^^
Thursday, April 16, 2009
For True Friends.......read this k.....
wasiat Imam Hasaan al-Banna
Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Wednesday, April 15, 2009
waktu persahabatan di lupakan......
Tuesday, April 14, 2009
malam pertama!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, April 13, 2009
JAWAPAN KEPADA MANUSIA ANGKUH
Seorang pemuda yang angkuh telah bertanya kepada seorang Alim tentang wujudnya tuhan.
Pemuda : Anda siapa dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya?
Orang Alim : Saya hambaNya dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan
anda
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang yang pintar pun
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Orang alim : Saya akan mencuba sejauh kemapuan saya.
Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan….pertama, kalau memang Tuhan itu ada,
tunjukkan Tuhan itu kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan
takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa
dimasukkan kedalam neraka yang diperbuat daripada api? tentu tidak
menyakitkan buat syaitan. sebab mereka memiliki unsur yang sama.
apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba orang alim tersebut menampar pipi pemuda itu dengan keras.
Pemuda : (Sambil menahan sakit)
Kenapa anda marah kepada saya?
Orang alim : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Orang alim : Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja berasa sakit.
Orang alim : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Orang alim : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Orang alim : Itulah jawapan pertanyaan pertama… Kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud-Nya.
Orang alim : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Orang alim : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan saya pada
hari ini?
Pemuda : Tidak.
Orang alim : Itulah yang dinamakan Takdir.
Orang alim : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Orang alim : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Orang alim : Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Orang alim : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.
mengenal apa itu cinta
berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia
ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya
kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua perkara yang
kita senangi untuk kepentingan dirinya seperti
harta?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi...
Adakah kita tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarik
kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh
jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Tetapi...
Cinta suci dan abadi hanyalah kepada yang
SATU... kekal selamanya...
Tuesday, April 7, 2009
Keistimewaan Perempuan
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.