Lelaki :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri.
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena berttggjwb ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak mjlnkan tggjwbnya dia berdosa manakala perempuan hanya perlu taat kepada suami. Isteri berbuat baik pahala dpt kepadanya kalau buat tak baik suami dpt dosa.
Suami wajib bagi nafkah pada isteri. Tapi isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri apatah lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Jika dibayangkan beratnya dosa yang ditanggungya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa perempuan lebih panjang dari lelaki. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Wanita :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila keluar rumah.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu hadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya.
Talak terletak di tangan suami.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai dan disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
Suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
Solat 5 waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Taat pada suaminya dan
Menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita.
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki,kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu
menjadi pemimpin,maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapatpulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
No comments:
Post a Comment