Thursday, April 16, 2009

wasiat Imam Hasaan al-Banna

Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

 

Wednesday, April 15, 2009

waktu persahabatan di lupakan......

hmmm....
aq xthu nak tulis aper sebenarnyer...tp bile aq kaji balik peristiwa yg berlaku disekeliling aq....
aq tergerak hati ingin tulis dlm blog nie....
aper makner persahabatan????
soklan nie khas tuk sume owg yg view blog aq......
benda nie tepuk dada tanya la iman anda....
pada zaman ni..sgt ssh mencari sahabat yg betul2 berada disamping kita semasa kita susah....
owg yg kita anggap kawan selalunyer akan berada disamping kite bile senang sahaja....
aq da serik menemui insan yg mengelarkan dirinya sahabat.......
aq da serik dikhianati oleh sahabat aq sendiri....
aq hanya dianggap sebagai boneka oleh sahabat aq sendiri....
aq tahu..aq digunakan untuk kepentingan mereka sahaja...
bile mereka tidak memerlukan aq..mereka buang jauh2 sahabat mereka ini.....
jadi jgn la sesiapa mengatakan mereka adalah sahabat sejati......
sume manusia sama sahaja....
mereka x tahu aper yg mereka lakukan terhadap sahabat mereka....
mungkin apabila mereka menerima berita kematian sahabat mereka..mereka akan gelakkan ajer....
setakat ini...aq da jumper satu kumpulan yg betul2 boleh dianggap sebagai sahabat....
aq besyukur dapat berkenalan dgn mereka.....
mereka adalah sahabat terbaik yg penah aq jumper....
mereka ader sentiasa disisi aq ketika aq susah dan senang..dan begitu juga aq.....
waktu2 sahabat akan dilupakan....
1) selepas mereka terlibat dlm percintaan...
2) ketika mereka senang

waktu2 sahabat diperlukan....
1) ketika berada dlm kesusahan....
2) selepas clash ngan pakwe...

tu jer kot.....
yg dpt aq analisis...
hehhehe...............

Tuesday, April 14, 2009

malam pertama!!!!!!!!!!!!!!!

Malam pertama ..........
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Monday, April 13, 2009

JAWAPAN KEPADA MANUSIA ANGKUH

Seorang pemuda yang angkuh telah bertanya kepada seorang Alim tentang wujudnya tuhan.

Pemuda        : Anda siapa dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan
                    saya?

Orang Alim : Saya hambaNya dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan
                    anda

Pemuda        : Anda yakin? Sedangkan professor dan ramai orang yang pintar pun
                    tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Orang alim  : Saya akan mencuba sejauh kemapuan saya.
Pemuda      : Saya ada tiga pertanyaan….pertama, kalau memang Tuhan itu ada,
                    tunjukkan Tuhan itu kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan
                    takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa
                    dimasukkan kedalam neraka yang diperbuat daripada api? tentu tidak
                    menyakitkan buat syaitan. sebab mereka memiliki unsur yang sama.
                    apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba orang alim tersebut menampar pipi pemuda itu dengan keras.

Pemuda        : (Sambil menahan sakit)
                         Kenapa anda marah kepada saya?

Orang alim : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga
                    pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda        : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Orang alim : Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda        : Tentu saja berasa sakit.
Orang alim : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda        : Ya!
Orang alim : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda        : Saya tidak boleh.
Orang alim : Itulah jawapan pertanyaan pertama… Kita semua merasakan
                    kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujud-Nya.
Orang alim : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda        : Tidak.
Orang alim : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan saya pada
                    hari ini?

Pemuda        : Tidak.
Orang alim : Itulah yang dinamakan Takdir.
Orang alim : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda        : Kulit.
Orang alim : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda        : Kulit.
Orang alim : Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda        : Sakit.
Orang alim : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
                    jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
                    menyakitkan untuk syaitan.

mengenal apa itu cinta

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita
berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia
ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya
kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang
kita senangi untuk kepentingan dirinya seperti
harta?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi...

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarik
kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh
jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Tetapi...
Cinta suci dan abadi hanyalah kepada yang
SATU... kekal selamanya...

Tuesday, April 7, 2009

Keistimewaan Perempuan

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Monday, April 6, 2009

6 APRIL 2009

aq skrg berharap agar dapat semester ini akan habis dgn cpt.....
aq nak semester yg akan dtg menjadi semester yg paling ceria dlm hidup aq seterusnyer...
" aq sudah bosan tuk mencintai diri org lain...slps ini aq akan mencintai diri aq jer...aq dah xnak mencintai diri org lain.....aq mahukan diri aq yg dulu yg xtahu aper2 pon pasal cinta, kasih sayang dan segalanyer.............plz all my friends who know my self more than me......help me get out from miserable life...." " bermula dari hari ini, aq akan buang perasaan kasih syg aq terhadap sesiapa pun....aq nak jadi diri aq yg asal............