Saturday, January 22, 2011

Senaman Bakar lemakhttp://sususejat.com/rejim-senaman-bakar-lemak-di-rumah-versi-1/

Ramai bebenor yang menanyakan aku berkenaan senaman asas bakar lemak yang boleh dilakukan di rumah. Syukurlah, perkembangan positif ini hadir mungkin impak daripada kempen “senaman” yang aku selitkan dalam entri-entri di blog sejak akhir-akhir ini.
Senaman yang aku ingin anjurkan dalam entri kali ini dikenali sebagai senaman Calisthenics, yakni senaman yang menggabungkan kedua-dua kardio dan latihan beban (menggunakan berat badan/bodyweight sebagai beban).
Buat mereka yang tidak biasa atau tidak pernah melakukan latihan beban, kenaikan otot tetapi turun berat dalam masa yang sama adalah perkara normal. Otot akan mudah ‘naik’ jika anda tidak biasa melakukan latihan beban kerana otot terkejut dengan situasi fizikal yang secara tiba-tiba menerima beban, lalu otak memberikan isyarat kepada badan supaya badan memerlukan lebih otot untuk menghadapi latihan beban yang sama di masa akan datang. Namun hal ini akan terhenti apabila badan berjaya menyesuaikan diri, ditambah pula dengan ambilan kalori yang dihadkan (untuk turun berat badan) sekaligus menyukarkan proses penambahan otot.
Perlu diingatkan bahawa senaman Calisthenics ini tidak sesuai dilakukan jika anda berniat untuk menambah berat otot atau “bulk up” tetapi lebih sesuai kepada mereka yang hendak mengekalkan berat otot disamping membakar lemak (“tone up“). Jika anda berniat untuk “bulk up“, anda mungkin memerlukan beban tambahan seperti pemberat lengan atau dumbell untuk setiap senaman. Rejim senaman yang bakal aku tunjukkan sebentar lagi tidak mengambil masa yang lama, hanya 30 minit sahaja setiap sesi, dan boleh dilakukan di rumah bila-bila masa (anda tiada alasan untuk tidak bersenam lagi selepas ini), justeru itu ia amat sesuai dipraktikkan oleh mereka yang betul-betul sibuk dengan kerjaya dan belajar.
Jadi bagaimana rupanya rejim tu? Mari kita turuti satu persatu (harus dilakukan mengikut turutan).
1Stretching
Lakukan regangan otot terlebih dahulu, kerana kajian menunjukkan senaman regangan sebelum bersenam/bersukan mampu mengelak kecedaran sekurang-kurangnya 50%.
2Warmup
Berlari-lari anak keliling rumah untuk tempoh 5-10 minit (Selepas 5 minit, jika nadi anda dah berdenyut lebih laju daripada biasa pun dah ok).
3Push up
Lakukan tekan tubi (standard push up) sebanyak 10x setiap set, untuk permulaan lakukan 2 set, setiap satu diselangi rehat selama 30 saat.
4 - Jumping jack
Ini diikuti pula dengan senaman yang lebih popular dikenali di bangku sekolah sebagai lompat bintang sebanyak 50x, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan, tetapi ikut pada kemampuan. Ingat, konsistensi itu penting.

5 - Half-way Sit up
Mengapa mesti half-way sit up dan bukan full sit up? Bagi aku half-way sit up lebih berkesan dalam memberikan “burning sensation” atau kesan pembakaran pada otot perut berbanding full sit up. Tambahan pula form/kualiti senaman senang untuk lari kalau buat full sit up, anda mungkin akan menggunakan momentum badan untuk mengangkat badan anda dan bukannya otot perut.
Half-way sit up tidak memerlukan anda baring dilantai untuk setiap ulangan (repetation), tetapi biarlah dalam keadaan “hampir-hampir baring” sebelum merapatkan kembali dada ke lutut. Buat permulaan kepada si amatur, anda boleh melakukannya dihujung katil, tambah-tambah jika tilam berspring. Lakukan 10x dalam setiap set (untuk 2 set, setiap satu diselangi rehat 30 hingga 60 saat).
Pertama sekali, kaki jangan cecah lantai, satu-satunya sokongan/anchor anda ketika ini ialah punggung anda.

Kemudian tolak diri anda ke belakang, dan dalam masa yang sama tolak kaki anda ke hadapan, namun tak perlu tolak sehingga habis sehingga mencecah lantai. Lakukan secara perlahan agar regangan pada otot perut dapat dirasa. Kemudian, rapatkan kembali kepala anda ke lutut seperti gambar permulaan tadi – ini dikira sebagai 1x ulangan.
6Stairway to heaven
Nama “stairway to heaven” ni aku reka sendiri. Konon-kononnya dengan senaman ni dapatlah membawa anda kepada hidup yang lebih sihat dan mantap, tak ke begitu? Tak susah nak lakukan senaman ni dan apa yang anda perlukan ialah tangga untuk ke tingkat atas rumah anda. Anda hanya perlu berlari-lari anak naik ke atas, kemudian turun ke bawah (ni dikira sebagai satu ulangan), dan lakukannya sebanyak 20x. Apa?? Rumah ko tak der tangga ye Senah? Gantikan senaman no.6 ini dengan senaman no.4 sebanyak 50x, boleh?
7 - Squat (bodyweight)
Macam mana nak buat squat? Sila lihat gambar dan mini tutorial di bawah, dan untuk permulaan lakukan 20x, untuk 2 set (setiap set diselangi dengan rehat 30 saat).

Pertama, berdiri lurus. Kemudian rendahkan punggung anda ke bawah secara perlahan-lahan, dan bukannya lutut anda ke bawah (lutut sehingga bahagian bawah kaki sepatutnya tidak bergerak banyak, statik lebih baik). Sekiranya anda dapati otot hamstring (peha belakang) anda meregang, maka anda berjaya melakukan senaman ini dengan betul.
Memandangkan badan kita ni terlalu pintar untuk menyesuaikan diri, maka rejim senaman di atas perlulah dirombak dengan senaman-senaman yang lain setiap 2 minggu sekali agar program “fat loss” anda berjalan lancar. Mungkin di masa yang akan datang aku akan kongsikan pula rejim senaman versi yang kedua sebagai panduan. Harap dapat ingatkan aku di Facebook ya?
Si anak: Mak, kenapa mak berlari-lari dalam rumah macam orang gila?
Si ibu: Mak tak gila nak.. mak masih waras. Jom lah ikut mak berlari-lari.
Si SS: Selamat bersenam, rakyat Malaysia!
P/S: Senaman di atas tidak akan berkesan untuk membakar lemak jika diet anda (ambilan kalori dalam sehari) tidak dijaga.

Fakta ttg selebriti(Transformasi terhebat selebriti dekad ini)http://sususejat.com/transformasi-terhebat-selebriti-dekad-ini/

ahun 2010 akan melabuhkan tirainya tidak sampai 48 jam lagi. Apa resolusi anda untuk tahun baru yang bakal menjelang tiba? Ingin mendapatkan rupa paras yang lebih cantik atau lebih tegapkah?
Sudah menjadi lumrah, artis sering menjadi ikutan para peminat. Mereka dianggap contoh atau role model oleh sesetengah pihak, dan oleh yang demikian sesuatu perkara negatif yang melibatkan artis pasti akan menjadi cemuhan.
Jangan tak tahu, artis juga perlu melakukan transformasi untuk memenuhi tuntutan kerjaya. Ada transformasi yang memaksa mereka menaikkan berat badan (seperti Afdlin Shauki yang terpaksa menambah berat badan untuk kelihatan lebih berisi dalam filem “Sumolah”), dan ada pula transformasi yang memaksa mereka turun berat badan sehingga berkilo-kilo banyaknya.
Ingin meninjau transformasi di kalangan selebriti? Berikut adalah beberapa transformasi yang pada hemat SS dahsyat, “marvelous”, dan terhebat yang pernah dilakukan oleh golongan-golongan selebriti dekad ini (2000 – 2010).
.
5 – Nik Sayyidah Fatiha Yazid (Mek Salam Pantai Timur)

Mek berjaya menurunkan berat badan beliau dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. Menerusi temuramah akhbar Utusan ke atas Mek (bertarikh 23 Januari 2008), rahsia transformasi mek adalah seperti berikut:
“Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”
“Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.”
“Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.”
Ditanya adakah mek pernah mengambil ubat-ubatan untuk kurus, beliau menjawab “Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus”
Komen SS: Aku tabik dengan transformasi Mek, tetapi terpaksa meletakkan beliau di tangga ke-5 memandangkan diet beliau adalah sedikit drastik, “menidakkan” nasi dan sumber-sumber protein berkualiti selama 8 bulan.
.
4 – Aizat Amdan

Siapa tidak kenal dengan ikon muzik negara yang menjuarai Juara Lagu 2009 ini? Umum sedia mengetahui yang beliau memiliki tubuh yang gemuk ketika mula menyertai rancangan realiti tv Akademi Fantasi beberapa tahun yang lalu. Kini, Aizat bukan sahaja boleh berbangga dengan rupa tubuhnya yang baru, tetapi juga tahap kecergasan yang beliau miliki kerana faktor itulah yang mampu membuatkan persembahannya kelihatan bertenaga.
Apakah yang dilakukan Aizat untuk mencapai matlamatnya? Aizat mendakwa beliau mengamalkan jogging selama 35 minit, mengunjungi gym dua kali seminggu, mengambil nasi hanya sekali seminggu (konon-kononnya cheat day), lebihkan makan makanan berasaskan organik dan berserat seperti sayur-sayuran.
Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 88 kg.
Komen SS: Meskipun jumlah penurunan berat badan Aizat tidaklah se ‘marvelous’ Mek, tetapi disebabkan diet Aizat ini tampak lebih berkualiti, maka beliau ditempatkan di tangga ke-4.
.
3 – Gerard Butler

Tonight, we dine in hell!” Inilah hero Spartan yang memegang watak King Leonidas menerusi filem “300″. Hakikatnya, Gerard Butler dahulu bukanlah seorang yang berotot, malah tubuhnya besar berlemak.
Untuk transformasi beliau, Butler telah mendapatkan khidmat pendaki gunung professional (fokus pada latihan kardiovaskular) berserta seorang ahli bina badan dari Vanuezuela (fokus pada latihan kekuatan), disamping latihan senjata yang diamalkan. Hasil latihan yang diamalkan setiap hari untuk 16 minggu, Butler berjaya mendapatkan tubuh yang amat gagah seperti seorang super hero.
Komen SS: Tonight we dine at Kenny Rogers Roasters!
.
2 – Rain (Jung Ji-Hoon)

Lebih dikenali sebagai Bi di Korea, Rain pada awalnya memiliki tubuh yang tinggi lampai (184cm) seperti seorang model fesyen. Untuk itu beliau telah mendapatkan khidmat jurulatih-jurulatih yang telah membimbing pelakon-pelakon dalam filem “300″ (Spartans).
Apa yang Rain makan untuk menurunkan peratusan Body Fat nya dari 12% sehinggalah 5% hanya dalam masa 8 bulan? Rain terpaksa melupakan nasinya seketika dan menggantikan sumber karbohidratnya dengan ubi kentang dan salad selaku alkaline. Beliau juga mengambil dada ayam tanpa kulit dan ikan mentah sebagai sumber protein, dan untuk sekali sekala, beliau akan makan daging lembu yang direbus (ini bukan sup daging lembu, tetapi memang daging yang direbus ‘kosong’ dalam air yang mendidih, tanpa perencah sup mahupun garam). Sekiranya inginkan rasa pedas, beliau akan memasukkan sedikit lada hitam ke dalam hidangannya.
Komen SS: Nak jadi macam Rain. Tetapi berapa orang yang sanggup mencontohi diet beliau?
.
1 – Christian Bale

Ini merupakan transformasi tubuh yang paling drastik dan dahsyat bagi SS setakat ini – dari seorang yang kurus seperti cicak kobeng menjadi tubuh super maskular, tubuh seorang hero. Itulah dia Christian Bale.
Pada asalnya, Bale yang bertubuh biasa terpaksa menurunkan berat badan secara menggila semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai Trevor Reznik, seorang yang menghidap penyakit insomnia yang kronik, menerusi filem “The Machinist“. Untuk menjayakan misi ini, beliau terpaksa mengamalkan diet berlapar – bayangkan beliau hanya mengambil 275kcal sahaja sehari dengan menikmati kopi, sebiji epal, dan hanya satu tin tuna! Gila, memang gila, dan untuk itu beliau kehilangan semua lemak dan otot-ototnya sekurang-kurangnya 30kg dalam masa 4 bulan.
Lebih gila daripada itu, Bale sebenarnya berhasrat untuk menurunkan berat badannya sebanyak 45kg, namun ditegah oleh penerbit dan pengarah filem tersebut atas faktor kesihatan.
Walaubagaimanpun, cabaran sebenar bermula apabila tamat sahaja pengambaran filem The Machinist (2004), Bale telah ditawarkan untuk memegang watak Bruce Wayne dalam filem superhero Batman Begins (2005), tetapi beliau harus memiliki tubuh super hero untuk menjayakan filem tersebut (ingat, ini bukan filem Cicakman yang hanya memerlukan superheronya berbadan keding seperti Saiful Apek). Untuk itu, Bale kembali rajin melakukan weight training di gym sambil mengamalkan diet yang betul dan hasilnya, beliau mendapat kembali otot-ototnya sebanyak 18kg hanya dalam masa yang sangat singkat!
Komen: Bale memang gila! Apa-apa pun transformasi beliau adalah yang paling mencuri tumpuan SS setakat ini.

Apakah jenis tubuh badan anda? http://sususejat.com/apakah-jenis-tubuh-badan-anda/

Seseorang mungkin pernah bertanya pada diri sendiri, mengapa ada sesetengah individu itu mudah untuk naik berat badan, sedangkan ada sesetangah individu itu susah benar untuk menaikkan walau 1kg berat badan. Mengapa pula ada individu yang sedari kecil lagi sudah gemuk, sekaligus membuatkan individu ini tidak pernah merasai pengalaman memiliki tubuh badan yang kurus walau sesaat pun dalam hidupnya (sebenarnya boleh, tiada apa yang mustahil kalau kena pada program senaman dan cara diet yang sesuai dengan dirinya).
Ahli psikologi Amerika Syarikat, William H. Sheldon (1898-1977) pada tahun 1940-an telah mengeluarkan sebuah teori yang merubah persepsi masyarakat dunia terhadap rupa tubuh badan manusia. Teori somatotypes ini menyatakan bahawa manusia secara umumnya terbahagi kepada 3 kategori rupa bentuk yang dikelaskan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan (endoderm, mesoderm, dan ectoderm). Anda barangkali pernah terdengar ketiga-tiga istilah ini di dalam entri SS “Awas! Bahaya menanti si skinny” sebelum ini.
Dari kiri: Endomorph, Mesomorph, Ectomorph
3 jenis asas rupa tubuh badan itu adalah:
1 – Endomorphy
Fokus sistem: Sistem pencernaan
Penerangan: Mereka yang tergolong dalam kategori ini lazimnya mempunyai rupa bahagian tengah badan (abdomen) yang lebih besar, dan sistem pencernaan mereka juga secara teorinya lebih besar. Badan golongan ini juga kelihatan bulat, lembut dan kurang berotot. Peluang untuk menjadi gemuk adalah sangat tinggi kerana mereka yang dikurniakan tubuh badan sebegini lazimnya mempunyai lebih banyak sel lemak (fat cells) berbanding 2 jenis rupa tubuh yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan sel lemak? Itu akan SS ceritakan sebentar lagi.
Ciri-ciri personaliti: Sukakan makanan, terlebih emosi (emo memanjang), mudah bergaul, periang, perlukan lebih kasih sayang.
Contoh individu popular yang mempunyai rupa tubuh sebegini ialah Oprah Winfrey (pengacara), Kuman (pelakon) dan Syanie (pelakon).
Oprah Winfrey
2 – Mesomorphy
Fokus sistem: Otot dan sistem peredaraan (circulatory)
Penerangan: Mereka, terutamanya lelaki yang dikurniakan kategori ini lebih beruntung kerana bahagian atas tubuh (upper body) lebih besar berbanding bahagian abdomen, berbeza dengan yang pertama tadi. Orang kita sering menggelar golongan sebegini sebagai mereka yang mempunyai “rangka besar”.
Tubuh badan sebegini juga agak senang untuk membina otot, maka mereka yang mempunyai tubuh sebegini dipendekkan cerita tampak gagah, agresif, bertenaga dan aktif secara natural. Distribusi sel lemak juga tidaklah terlalu banyak seperti individu Endomorphy. Memandangkan mereka ini secara relatif mempunyai hormon tumbesaran (testosteron) yang lebih tinggi berbanding yang lain, kebiasaan golongan ini cepat matang dan kematangan wajah itu terserlah sejak di sekolah lagi.
Ciri-ciri personaliti: Lasak, berani, keinginan untuk memimpin yang kuat (untung orang perempuan kalau dapat hubby seperti ini), tegas, sukakan cabaran, kompetitif.
Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Mike Tyson (peninju), Rafael Nadal (pemain tenis) dan kebanyakkan bodybuilder yang lain.
Mike Tyson
3 – Ectomorphy
Fokus sistem: Nervous system dan juga otak (ectoderm)
Penerangan: Mereka yang bertubuh sebegini tampak lebih kurus dan sedikit susah untuk naik berat badan kerana secara genetik mereka tidak dikurniakan sel lemak yang banyak seperti 2 individu di atas. Tahap kepekaan mereka juga sangat tinggi memandangkan fokus sistem mereka tertumpu pada nervous system. Berbeza dengan Mesomorphy, wajah golongan ini sentiasa kelihatan muda meskipun berumur hampir 30-an (kalau kena pada orang lelaki, selalunya orang kita panggil bermuka ‘jambu’), barangkali disebabkan kurangnya hormon yang bertanggungjawab untuk kelihatan lebih maskular.
Ciri-ciri personaliti: Bijak mengawal emosi, lebih sukakan privasi, artistik, kreatif, cepat berasa cemas
Contoh individu popular yang bertubuh sebegini ialah Ashraf Muslim (pelakon), Bruce Lee (pelakon), dan Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton).
Ashraf Muslim
Sel Lemak (Fat Cell Theory)
Apa yang bakal aku ceritakan sebentar lagi mungkin akan menakutkan anda sedikit, tetapi ini hanyalah sekadar teori yang disokong oleh satu kajian saintifik yang pernah dilakukan oleh Dr. Kristy Spalding di Karolinska Institute, Sweden.
Teori Fat Cell menyatakan bahawa penghasilan sel lemak (adipocytes) terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu pertama, sedari kita dalam rahim ibu lagi sehinggalah kita berumur 2 tahun, kedua, dari umur 2 tahun hinggalah ke umur 7 tahun, dan ketiga, dari umur 7 tahun hinggalah kepada fasa di mana kita tidak boleh menjadi tinggi dan membesar lagi, yakni pertumbuhan kita dah capai plateau.
Apabila seseorang kanak-kanak yang sedang membesar itu mengambil terlalu banyak kalori, maka kalori yang berlebihan itu akan ditukarkan kepada lemak, lalu disimpan di dalam sel-sel lemak yang sedia ada (fat cells). Sel-sel lemak sifatnya lebih dinamik berbanding sel otot, yang mana ia boleh mengembang dan membesar mengikut saiz lemak yang tersimpan di dalamnya. Satu sel lemak boleh mengembang berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz asal (dan badan anda juga boleh mengembang dengan pantas seperti belon).
Apabila kesemua sel-sel lemak sedia ada sudah penuh terisi dengan lemak, sedangkan individu tersebut masih mengambil kalori dengan banyak, maka selagi individu tersebut berada pada ketiga-tiga peringkat tadi, maka tubuh akan terus menghasilkan sel-sel lemak yang baru untuk menampung keperluan ini. Apa yang menakutkan di sini ialah, sel-sel lemak akan sentiasa boleh dihasilkan jika terdapatnya keperluan, TETAPI sel-sel lemak itu angkanya tidak akan berkurang meskipun anda sudah kurus!
Secara praktikalnya, individu yang memiliki lebih banyak sel-sel lemak seperti golongan Endomorph akan mudah mengalami kenaikan berat badan berbanding individu yang memiliki kurang sel-sel lemak seperti golongan Ectomorph (SS akan bincangkan hal berkenaan sel-sel lemak ini dalam entri yang berlainan di masa akan datang).
.
Somatotyping
Teknik menentukan di mana terletaknya diri kita dalam ketiga-tiga kategori rupa tubuh di atas dikenali sebagai somatotyping. Pentingkah somatotyping ini? Ya, somatotyping boleh dikira penting juga jika kita inginkan plan untuk menurunkan/menaikkan berat badan yang lebih teratur dan konsisten.
Menerusi somatotyping, jurulatih kesihatan / personal trainer / diri anda sendiri dapat menentukan sejauh mana keupayaan anda untuk menjalani satu-satu latihan, mengganggarkan kadar metabolisma sebenar anda, makanan yang bersesuaian, dan keupayaan sama ada mampu untuk turun atau naik berat badan dengan mudah. Berdasarkan maklumat ini, pelan pemakanan dan senaman yang wajar akan dirangka agar anda mampu mencapai impian bentuk tubuh yang dikehendaki secara optimum.
Sistem somatotyping menggunakan skala yang telah dibangunkan oleh Sheldon menggunakan rangka susunan berikut “Endomorph – Mesomorph – Ectomorph“. Susunan ini akan ditukarkan ke dalam bentuk angka berupa skala yang menunjukkan sejauh mana persamaan anda dengan kategori yang berkenaan. Angka 1 bermaksud anda tidak mempunyai persamaan dengan kategori berkenaan, diikuti 2, 3, 4, sehinggalah 7 yang membawa maksud anda mempunyai banyak ciri-ciri rupa tubuh yang berkenaan.
Kenapa somatotyping ini diwujudkan? Ini kerana tidak semua daripada kita jatuh bulat-bulat dalam salah satu kategori ini, tetapi terdiri daripada kombinasi ketiga-tiga jenis rupa tubuh ini. Aku sendiri jatuh dalam kategori Ectomorph, tetapi mempunyai sedikit ciri-ciri Mesomorph.

Dalam entri-entri lain yang akan datang SS akan ceritakan pula bagaimana untuk menggunakan maklumat yang ada untuk merangka STRATEGI ASAS dalam mencapai sasaran tubuh badan idaman anda, berdasarkan jenis tubuh badan masing-masing.


10 fakta ‘tak berapa menarik’ berkenaan kalori http://sususejat.com/10-fakta-tak-berapa-menarik-berkenaan-kalori/

1 – 1 calorie adalah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celsius.
2 – 1000 calorie = 1 Calorie = 1kcal = 4.2 kilojoules (di sini, perhatikan perbezaan “calorie” dan “Calorie”, kedua-duanya membawa maksud berbeza).
3 – Membakar 1 pound lemak (0.45kg) memerlukan tenaga sebanyak 3500kcal, yang mampu dicapai dengan kalori defisit harian.
4 – “Empty Calorie” adalah istilah dalam dunia diet yang digunakan merujuk kepada makanan yang berkalori tinggi tetapi sungguh tidak berkhasiat dan lemah dari segi kandungan nutrisi, sebagai contoh makanan-makanan ringan dan minuman manis.

5 – Seorang atlet lelaki yang berlatih hampir setiap hari kebiasaannya akan mengambil sekurang-kurangnya 7000kcal sehari, dan ini bersamaan dengan jumlah kuota kalori 4 orang perempuan biasa!
6 – Berjalan kaki sejauh 2km membakar jumlah kalori yang sama dengan berlari sejauh 2km (namun jelas di sini berlari sejauh 2km mengambil masa yang lebih singkat berbanding berjalan sejauh 2km).
7 – Juara pertandingan makan hot dog Nathan’s tahun 2007, Joey Chestnut, mengambil masa hanya 12 minit untuk menghabiskan 66 ketul hot dog, yakni bersamaan dengan 20,394kcal (1 hot dog = 309kcal)!
8 – Pemenang tempat kedua pertandingan yang sama, Takeru Kobayashi pula berjaya menghabiskan kira-kira 53-54 ketul hot dog, yakni bersamaan kira-kira 16,609kcal!

9 – Masakan India adalah adalah antara masakan paling kaya kalori di dunia. Kalori yang berlebihan ini datang dari penggunaan minyak yang banyak dalam masakan-masakannya, seperti minyak sayuran, mentega cair dan minyak sapi.
10 – Penambahan 100kcal kalori tambahan dalam DCR (kalori yang diperlukan dalam sehari) akan membuatkan penambahan berat badan sekurang-kurangnya 5kg setahun! Malangnya, rakyat Malaysia mengambil LEBIH daripada angka ini, rata-ratanya daripada sumber “empty calorie“. Itulah sebabnya statistik obesiti di negara ini sentiasa meningkat dan tidak pernah turun.
Mahukan lebih fakta berkenaan kalori?

Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik? Daripada Sumber Yang Boleh Dipercayai.. .http://sususejat.com/susu-soya-vs-susu-lembu-mana-lebih-baik/

Seringkali ramai yang keliru dalam memilih sama ada Susu Soya atau Susu Lembu untuk dijadikan minuman harian yang sihat. Tambahan pula pendedahan seperti ini kurang ditonjolkan dalam media arus perdana seperti televisyen, majalah mahupun surat khabar.
Untuk itu aku sudah mengumpulkan beberapa maklumat penting untuk kedua-dua jenis susu tersebut. Ini merupakan perbandingan di antara Susu Soya biasa (yang asli, bukannya yang manis seperti yang dijual dalam tin) dan Susu Lembu biasa (bukan low-fat mahupun skim). Semoga maklumat ini dapat dijadikan panduan buat anda dalam memilih susu yang mana lebih baik dan sesuai untuk anda seisi keluarga.

Kata Kunci: SS = Susu Soya; SL = Susu Lembu

  1. SS berasal daripada tumbuhan, manakala SL berasal daripada haiwan.
  2. Secara kasarnya, SS tidak mengandungi sebanyak nutrien yang dimiliki oleh SL (SL sangat diperkaya dengan nutrien-nutrien semulajadi).
  3. Untuk saiz hidangan yang sama, SS mengandungi kurang 50% kurang kalori berbanding SL.
  4. SS mengandungi unsur serat, manakala SL tidak mempunyainya langsung.
  5. Untuk saiz hidangan yang sama, SS hanya mengandungi 25% Sodium (garam) berbanding SL, justeru SS amat sesuai buat mereka yang senang mendapat darah tinggi.
  6. SS rendah kandungan lemak berbanding SL. Soya juga tidak mempunyai lemak tepu, berbanding SL (dalam 9x lebih banyak berbanding SS).
  7. Kedua-duan SS dan SL mempunyai kualiti protein yang tak kurang hebat, full range of amino acids. Cuma SL mengandungi lebih 1.5g protein berbanding SS untuk setiap 100g kedua-duanya.
  8. SS tidak mengandungi kolestrol memandangkan ia datang dari sumber tumbuhan, manakala SL mengandungi kolestrol yang memadai untuk pertumbuhan mamalia.
  9. SS tidak mengandungi lactose, maka sesuai untuk mereka yang mengalami lactose intolerent (Kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactose dalam usus. Simtom paling ketara ialah cirit yang melampau selepas minum susu).
  10. SS mengandungi magnesium, copper, dan manganese, yang mana kesemuanya membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang. SL tidak mengandungi elemen-elemen surih ini.
  11. SS mengandungi zat besi kira-kira 25x lebih banyak berbanding yang terdapat dalam SL.
  12. SS mengandungi 60% kurang Riboflavin berbanding SL. (Info: Vitamin B2 atau Riboflavin diperlukan untuk pertumbuhan dan metabolisma sel).
  13. Kajian menunjukkan pengambilan 2 gelas SS sehari (berbanding SL) setiap hari mampu mengurangkan risiko mendapat kanser prostat sebanyak 70% kepada si pengamalnya.
  14. SS tidak mengandungi banyak kalsium berbanding SL, tambahan pula kalsium ini sukar dicerna oleh badan. Walaubagaimanapun, selari dengan perkembangan teknologi makanan, kebanyakan produk-produk susu soya masa kini telah diperkaya dengan Kalsium Karbonat (lebih mudah dicerna oleh manusia), meskipun ramai yang berpendapat kalsium semulajadi dalam SL adalah jauh lebih bagus berbanding kalsium tiruan yang telah ditambah dalam SS. (Info: Kalsium untuk pertumbuhan tulang)
  15. Protein yang dikogulasikan (dipejalkan) daripada SS dikenali sebagai “Tauhu” (Tofu), manakala protein yang dikogulasikan daripada SL dikenali sebagai keju.
  16. Secara tradisinya, makanan berasaskan SS popular dalam budaya orang timur, manakala makanan berasaskan SL popular dalam budaya orang barat.
  17. SS mengandungi lecithin dan Vitamin E. (Info: Lecithin merupakan sejenis phospholipid penting yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan).
  18. SS mengandungi phytoestrogens yang tinggi, yakni sejenis hormon tumbuhan yg bertindak sama seperti hormon estrogen. Pemberian susu soya kepada kanak-kanak sebagai susu berformula untuk pertumbuhan telah menjadi perdebatan hangat masa kini kerana phytoestrogens didakwa mampu merencatkan pertumbuhan (fisiologi seks) dan kesuburan kanak-kanak itu kelak untuk jangka masa panjang. Namun, terdapat juga pedetrician yang menyangkal dakwaan ini dan berpendapat susu soya boleh dijadikan pengganti sebagai susu lembu, asalkan kanak-kanak tersebut telah menerima susu ibu yang mencukupi sejak dari awal lagi.

Data dalam entri ini disokong oleh apa yang terkandung di laman web United States Department of Agriculture (USDA) semasa entri ini ditulis. Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa, maka dengan itu pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum menggunakan data-data ini untuk tujuan kajian lanjutan.

Thursday, January 20, 2011

Pilih Syurga atau Neraka

Kun Fayakun...

Maka jadilah syurga dan neraka. Sebaik syurga tercipta, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail supaya melawat syurga. Selepas melihat syurga, Jibrail berkata: "Ya Allah, demi kemuliaan-Mu, brgsiapa mengetahuinya pasti mereka akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga-Mu dgn segala kelazatan, kesenangan, kegembiraan, kemewahan dan beraneka rupa nikmat yg tersedia di dalamnya!"
Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dgn plbagai syarat supaya manusia menjauhi segala laranganNya, mengerjakn sgala perintahNya spt sembahyang, puasa, jihad, haji, sedekah, zikir, amal kebajikan, taat kpd ibubapa, brbuat baik sesama manusia dan juga makhluk lain spt binatang. Barangsiapa memenuhi segala syarat, mengikuti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, mereka layak memasuki syurga trsebut. Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga. Selepas kembali dari syurga, Jibrail berkata: "Ya Allah, kini aku khuatir tiada sesiapa dapat memasuki syurga-Mu!"

Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat plbagai azab, seksaan, penderitaan yg disediakan utk penghuninya.
Jibrail lantas berkata: "Ya Allah, demi kekuasaan-Mu, barangsiapa yg mndengar segala seksaan yg amat dahsyat itu pasti tiada sesiapa berani menghampirinya!"
Lalu Allah menyelubungi neraka itu dgn plbagai rupa kejahatan yg melanggar segala larangan Allah spt berzina, meliwat, meminum arak, berjudi, membuat kezaliman, membunuh, menipu, mencuri dan plbagai macam kemaksiatan kpd Allah SWT.
Sekali lg malaikat Jibrail diperintahkan melihat neraka. Jibrail berkata: "Ya Allah, aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat drp seksaan api neraka-Mu!"

~muhasabah diri~
syurga or neraka..

Friday, January 14, 2011

Assalamualikum...

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua(walaupon da terlewat)...
Hampir 3 tahun aq berada dimenara gading...
Pelbagai ilmu telah aq dpt sepanjang aq berada di menara gading ini...
semoga dgn ilmu yg ada ini dpt aq mencipta satu legasi kelurga sendiri( impian nak tinggi)
Sepanjang bln ini, aq xdpt melupakan seorg wanita yg bawu aq kenal...
aq sgt berharap agar perkenalan aq dgn dyew akan ke thp yg lebih kekal buat selama2nyew..
tp apakan daya, dyew da bagi lampu kuning..tp xpew...aq akan sentiasa menceriakan dyew seperti astro ceria...
heheheh....
mengapa aq sukar melupakan dyew???
cukuplah insan itu aq pagnggil dyew A_Z@Ayien....
pertama kali aq terasa mcm ini...
entah mengapa, pabila dyew sedih, aq akan merasa ssh hati...
pabila dyew happy, aq rase tenang jew...
adakah aq sudah jatuh cinte kat dyew???
adakah dyew suke kpd diri aq??
sgt ssh aq nak menduga hati si dyew...
tp xpew...
aq akan berusaha untuk membuka pintu hati dyew supaya bgi green light kat aq nie.....
cukuplah setakat ini, aq da nak buat keje niew...
ehehheh